Tuesday, 23 April 2013

BILIK DARJAH MESRA BUDAYA


1.0  PENDAHULUAN
       Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama. Integrasi antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia.Budaya ini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya.
      Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektualdan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmonis dan aman serta berjaya.
         Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh  persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspek  iaitu  persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah.       
2.0  Huraian Tentang Pelan Lantai.
       Setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain. Sebagai guru, kami tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Oleh yang sedemikian kami sentiasa memastikan strategi yang dipilih bersesuaian dengan murid. Sebagai memenuhi keperluan pengurusan bilik darjah yang mersra budaya, beberapa langkah telah kami tetapkan ke arah itu. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
2.1 Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai  budaya agama latar belakang keluarga tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada murid untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
2.2 Layanan yang sesuai ialah layanan berbentuk sama rata tanpa ada berat sebelah kepada murid-murid tanpa mengira status dan latar belakang kehidupan seseorang murid itu . Kepelbagaian murid, guru seharusnya bersikap adil dan saksama kepada murid-murid mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang guru itu berbangsa Melayu, guru tersebut tidak seharusnya melebihkan murid bangsanya sendiri daripada murid-murid berbangsa lain. Ia akan memberi kesan secara langsung kepada murid-murid bangsa lain dan memberikan perspektif yang negatif terhadap guru tersebut. Dengan itu, pemupukan semangat perpaduan tidak dapat dicapai dengan jayanya. Oleh itu kami mengambil langkah dengan meletakkan murid-murid  dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kaum.
2.3 Dalam menghadapi kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah, guru seharusnya bijak mengendalikan bilik darjah. Sebagai contoh dengan mewujudkan satu persekitaran psikososial Guru tidak seharusnya memberikan layanan yang berat sebelah kepada murid-murid. Ditambah pula apabila di dalam sesuatu bilik darjah itu mempunyai murid-murid yang datang dari latar belakang keluarga yang berbeza, budaya yang pelbagai, agama yang berlainan dan tahap kognitif yang berbeza. Kami sentiasa memastikan layanan yang diberikan sama rata antara semua murid-murid tanpa mengira bangsa dan agama.
2.4 Interaksi dua hala yang bersifat ramah mesra dan produktif menimbulkan satu persekitaran yang mesra antara guru-murid mengeratkan serta merapatkan jurang perpaduan dalam kalangan mereka mudah dicapai semangat motivasi yang tinggi pemupukan perpaduan. Kedudukan antara murid-murid yang duduk menghadap antara satu sama lain membolehkan mereka berinteraksi dengan mudah. Dalam memupuk satu persekitaran psiko sosial yang baik di dalam bilik darjah, seseorang guru itu seharusnya mempunyai kemahiran dalam hubungan dengan manusia, khususnya murid-murid. Sebagai contoh, beramah mesra, bersikap positif, mendengar masalah murid, dan kebolehan memberi kata-kata pujian secara ikhlas . Ia merupakan satu tret yang penting bagi seorang guru. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa menguruskan bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya, oleh itu kami sentiasa menunjukkan sikap ramah sama ada dengan memberikan senyuman atau dalam memberikan ucapan apabila berselisih dengan murid-murid dan lain-lain.
2.5 Dengan kata lain, di sini terdapatnya unsur-unsur kurikulum tersirat , di mana kami cuba untuk mendidik murid supaya menghormati antara satu sama lain serta memupuk sikap yang baik dalam kalangan mereka. Apabila mereka melihat guru yang berperwatakan mesra, secara tidak langsung memberikan mereka motivasi dalaman untuk menunjukkan sikap seperti guru itu.
      Guru perlu mengetahui pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik. Kami juga perlu sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan yang dinyatakan dalam kelas. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kumpulan etnik. Sebagai guru juga kami perlu sensitif dengan bangsa dan tabiat etnik pelajar dan tanpa menilai pelajar melalui luaran sahaja. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Mendalami budaya dan warisan etnik sendiri.
2.6 Mengetahui sensitiviti setiap etnik dengan lebih mendalam untuk mencapai objektif pengajaran. Sensitif dengan tahap perkembangan pelajar apabila terlibat dengan aktiviti bangsa, etnik, budaya dan bahasa.  Kami sentiasa berusaha untuk tonjolkan pelajar sebagai pemenang. Guru memainkan peranan yang penting dalam kejayaan pelajar. Kami gunakan teknik belajar bekerjasama dan kerja berkumpulan untuk memperkenalkan bangsa dan integrasi kaum di dalam sekolah dan kelas. Semua aktiviti di sekolah mestilah melibatkan pelbagai bangsa, agama dan etnik.
       Sebagai kesimpulannya kepelbagaian sosio budaya murid, secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan aspek ini kerana ia akan berubah mengikut peredaran masa. Guru yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini merupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian sosio budaya ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam usaha menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya seiring dengan konsep 1 Malaysia.

3.0  Pelan Lantai  Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya
       Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik.Pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.
       Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya
3.1 Aspek Fizikal :-
       Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut  keperluan aktiviti. Murid diletakkan dalam kumpulan  yang sama, terdiri daripada etnik yang berbeza,· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan akan dapat diwujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya,.Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan
3.2  Sudut-Sudut Pembelajaran:-
       Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya.Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.
       Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.
       Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya.Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Atan, Kumari serta Kim Sengi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture”

3.3  Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-
       Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum .Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik.Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak.Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”.
       Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.
       Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan.Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

3.0  Kesimpulan
       Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat setanding dengan mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain. Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah.Walau bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan.
       Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya sekolah  memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa.
       Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan  teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus pendidikan yang yang akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan yang sama rata perlu  diambil kira.


Monday, 22 April 2013

sajak hati..


LAMAN HATI YANG SEPI
TAKKALA BINTANG-BINTANG TENGGELAM
AKU KINI SEPI
HIDUP TANPA IBU
BAGAI TIADA TEMPAT MENGADU
BAGAI TIADA GEMERSIK LAGU
BAGAI TIADA KAKI MELANGKAH
HIDUP KIAN SEPI
APA KAH  INI MIMPI
ATAU REALITI


KISAH INSAN DERITA
ADA KISAH SUKA
ADA KISAH DERITA
YANG TERPAHAT DALAM KEHIDUPAN
BIAR MAKIN SUNYI
BIAR BISA MENGHERET
BIAR RINDU MENCENGKAM
HANYA YANG ESA YANG MAHA TAHU
TIADA TEMPAT KU MENGADU

koleksi simpulan bahasa

Simpulan Bahasa ( B ) 1. Babi Buta = Membabi Buta Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir. Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban. 2. Bahasa Ibunda Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum. Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin. 3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan. Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya. 4. Bahasa Pasar Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya. Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan. 5. Baik Budi Maksud: Baik hati. Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua. 6. Baik Hati Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim. 7. Baik Sangka Maksud: Berpendapat yang orang lain baik. Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang. 8. Balas Budi = Membalas Budi Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu. 9. Balas Guna Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. 10. Balik Gagang = Berbalik Gagang Maksud: Berpihak kepada musuh. Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya. 11. Balik Hati = Berbalik Hati Maksud: Berubah pendirian. Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya. 12. Bangkai Bernyawa Maksud: Orang yang tidak berguna. Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa. 13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin. Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya. 14. Banting Tulang = Membanting Tulang Maksud: Bekerja bermati-matian. Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga. 15. Banyak Akal Maksud: Banyak helah. Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya. 16. Banyak Cakap Maksud: Orang yang suka berleter. Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya. 17. Banyak Mulut Maksud: Orang yang suka berleter. 18. Bapa Angkat Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah. Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim. 19. Bapa Kandung Maksud: Bapa sebenar. Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak. 20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan. Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut. 21. Batu Api Maksud: Orang yang suka menghasut. Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya. 22. Batu Loncatan Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar. Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. Bau-Bau Bacang Maksud: Persaudaraan yang jauh. Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang. 24. Bawa Alamat Maksud: Memberi tanda. Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan. 25. Bawa Diri = Membawa Diri 26. Bawa Hati Maksud: Merajuk. Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang. 27. Bawa Hidup Maksud: Merantau mencari penghidupan. Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal. 28. Bawa Mati Maksud: Menyebabkan mati. Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal. 29. Bawa Mulut Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain. Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya. 30. Bawa Nasib Maksud: Merantau mencari penghidupan. 31. Bawa Nyawa Maksud: Menyelamatkan diri. Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku. 32. Bawa Sial = Membawa Sial Maksud: Mendatangkan malang. Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah. 33. Bawa Tempurung Maksud: Minta sedekah. Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung. 34. Bawa Tuah = Membawa Tuah Maksud: Mendatangkan keuntungan. Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya. 35. Bawah Angin Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur. Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin. 36. Bawah Bendera Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa. Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris. 37. Bawah Tanah Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap. Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah. 38. Bayang Kata = Dibayang Kata Maksud: Dikias. Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu. 39. Bayar Nyawa Maksud: Mengorbankan diri. Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya daripada bekas suaminya. 40. Bekas Tangan Maksud: Sesuatu yang diusahakan. Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah," kata Pak Mail memuji menantunya. 41. Belah Bumi = Membelah Bumi Maksud: Bunyi yang sangat kuat. Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya. 42. Belah Hati = Berbelah Hati Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan. Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik. 43. Belahan Hati Maksud: Orang yang sangat dikasihi. Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya. 44. Belahan Jiwa Maksud: Orang yang sangat dikasihi. 45. Belahan Nyawa Maksud: Orang yang sangat dikasihi. 46. Belakang Hari Maksud: Kemudian hari. Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang belakang hari," nasihat ayah kepada abang. 47. Bendera Putih Maksud: Mengaku kalah. Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu. 48. Bengkak Perut Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu. Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah. 49. Berat Lalat Maksud: Pura-pura berani. Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian pada waktu malam. 50. Berani Mati Maksud: Tidak takut mati. Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah air tercinta. 51. Berat Bibir Maksud: Orang yang pendiam. Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur. 52. Berat Hati Maksud: Kurang senang. Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri. 53. Berat Kaki Maksud: Malas. Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya. 54. Berat Lidah Maksud: Tidak dapat berkata-kata. Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya. 55. Berat Mata Maksud: Mengantuk. Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata. 56. Berat Mulut Maksud: Orang yang pendiam. 57. Berat Sebelah Maksud: Tidak adil. Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya. 58. Berat Tangan Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur. 59. Berat Tulang Maksud: Pemalas. 60. Beri Jalan Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini," kata ibu kepada abang. 61. Beri Muka Maksud: Memanjakan. Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas. 62. Berita Hangat Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan. Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan. 63. Besar Cakap Maksud: Orang yang suka bercakap sombong. Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang berharta. 64. Besar Hati = Berbesar Hati Maksud: Gembira. Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya. 65. Besar Kepala Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil. Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya. 66. Besar Mulut Maksud: Suka bercakap besar. Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak seberapa," kata kakak. 67. Besar Perut Maksud: Hamil. Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut. 68. Betul Bendul Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh. Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-mainkannya. 69. Biang Keladi Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan. Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini. 70. Bidan Tarik Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba. Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak hadir. 71. Bidan Terjun Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba. 72. Bintang Gelap Maksud: Bernasib malang. Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari. 73. Bintang Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih. Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara. 74. Bintang Terang Maksud: Nasib baik. Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang baik. 75. Bongkar Sauh 76. Bongkok Sabut Maksud: Bongkok sedikit. Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya. 77. Bongkok Udang Maksud: Terlalu bongkok kerana tua. Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya. 78. Buah Bibir Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia. 79. Buah Cakap Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. 80. Buah Fikiran Maksud: Pendapat. Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira. 81. Buah Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih. 82.Buah Helah Maksud: Mencari helah. 83. Buah Kalam Maksud: Hasil tulisan atau karya. Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama. 84. Buah Mulut Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. 85. Buah Pena Maksud: Hasil tulisan atau karya. 86. Buah Tangan Maksud: Hadiah. Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital. 87. Bual Kosong Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting. Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah. 88. Buang Adat Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi. Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama. 89. Buang Air Besar Maksud: Berak. Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar. 90. Buang Air Kecil Maksud: Kencing. Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika membuang air kecil. 91. Buang Anak = Membuang Anak Maksud: Menggugurkan anak. Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan. 92. Buang Arang Di Muka Maksud: Menghilangkan malu. Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang di mukanya. 93. Buang Diri = Membuang Diri Maksud: Merantau. Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang. 94. Buang Lelah Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan. Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai tempat buang lelah. 95. Buang Malu Maksud: Menghilangkan malu. 96. Buang Muka = Membuang Muka Maksud: Tidak suka. Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang mengganggunya. 97. Buang Negeri = Dibuang Negeri Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri. Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah kerana menyertai kongsi gelap. 98. Buang Sauh Maksud: Berlabuh. Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti. 99. Buang Sial Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang. Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha buang sial. 100. Buang Tabiat Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia. 101. Buang ubat Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya. Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena. 102. Buat Akal Maksud: Mencari helah. Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah. 103. Buat Bodoh Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu. Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya. 104. Buat Jahat = Berbuat Jahat Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan. Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu. 105. Buat Perkara Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik. Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara. 106. Buaya Darat Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan. Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran tetangganya. 107. Bujur Sirih Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih. Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai selendang sutera putih. 108. Buka Langkah Seribu Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu. Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat. 109. Buka Mata Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain. Contoh Ayat: a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya. b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata. 110. Buka Mulut Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan. Contoh Ayat: a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang. b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya. 111. Buka Pintu Maksud: Memberi peluang. Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka. 112. Buka Tanah = Membuka Tanah Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar. Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit. 113. Buka Telinga Maksud: Mendengar baik-baik. Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama bertugas di syarikat itu. 114. Buka Tembelang Maksud: Membocorkan rahsia. Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya. 115.Buku Lima Maksud: Penumbuk. Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran. 116. Bulan Kesiangan Maksud: Berwajah pucat. Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek. 117. Bulan Madu Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin. Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi. 118. Bulan penuh Maksud: Cantik. Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya. 119. Bulat Fikiran Maksud: Mengambil keputusan yang tetap. Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri. 120. Bulat Kata Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama. 121. Bunga Bangsa Maksud: Orang yang berjasa kepada negara. Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa. 122. Bunga Bibir Maksud: Kata-kata yang manis. Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya. 123. Bunga Dedap Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa. Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga. 124. Buru Hutang = Diburu Hutang Maksud: Terdesak kerana berhutang. Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi. 125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru. Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya. 126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat Maksud: Berusaha mencari pangkat. Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan. Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan. 128. Buruk Hati Maksud: Orang yang jahat. Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya menumpang di rumahnya. 129. Buruk Laku Maksud: Kelakuan tidak senonoh. Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada masyarakat. 130. Buruk Makan Maksud: Pelahap. Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja. 131. Buruk Mulut Maksud: Percakapan yang kasar. Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut. 132. Buruk Perut Maksud: Kuat makan. Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit. 133. Buruk sSngka Maksud: Menaruh curiga. Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri. 134. Buruk Selera Maksud: Makan apa sahaja. Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang. 135. Buruk Siku Maksud: Meminta barang yang telah diberikan. Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya. 136. Busuk Budi Maksud: Perangai yang jahat. Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya. 137. Busuk Hati Maksud: Orang yang berhati jahat. Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri. 138. Busung Dada Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat di daerah itu. 139. Buta Ayam = Rabun Ayam Maksud: Mata yang rabun menjelang senja. Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam. 140. Buta Hati Maksud: Bersikap kejam. Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu. 141. Buta Huruf Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. 142. Buta Kayu Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. 143. Buta Malam Maksud: Rabun pada waktu malam. Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam. 144. Buta Perut Maksud: Tidak bertimbang rasa. Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib mereka yang malang. 145. Buta Warna Maksud: Tidak dapat membezakan warna. Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna. koleksi simpulan bahasa Simpulan Bahasa Maksudnya ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika ada hati mempunyai keinginan melebihi kemampuan untuk memiliki sesuatu air muka rupa atau wajah seseorang ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan alas perut makanan sementara waktu sebelum makanan yang mengenyangkan anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri anak bapa anak yang disayangi oleh bapa anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab atas angin negara-negara di sebelah barat atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya banyak mulut orang yang banyak bercakap batu api orang yang suka menghasut batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh bawah angin negara-negara di sebelah timur bekas tangan hasil kerja tangan seseorang beralih akal berubah fikiran atau pendapat beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat berat hati enggan; malas berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak berat tulang orang yang malas bekerja berat sebelah tidak berlaku adil berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan berhati batu degil dan sukar menerima nasihat berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga bermuka dua tidak jujur bertikam lidah bertengkar; berdebat besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain buah hati orang yang dikasihi atau dipuja buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang bulat hati bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam cahaya mata anak cakar ayam tulisan yang buruk campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu cepat tangan suka mencuri dalam tangan sudah pasti akan diperoleh darah daging anak kandung durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bersungguh-sungguh gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta harga diri maruah atau kehormatan seseorang harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi hati batu degil atau keras hati hidung tinggi sombong atau tinggi diri hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri ikat perut menahan lapar kerana berjimat iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu isi hati perasaan dalam hati jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain kaki ayam tidak berkasut atau berselipar kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola kaki botol suka minum minuman keras kecil hati berasa tersinggung atau merajuk kepala angin perangai yang tidak menentu kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain khabar angin berita yang belum tentu benarnya langkah kanan bernasib baik langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai lipas kudung cepat membuat kerja lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan makan angin bersiar-siar untuk berehat makan suap menerima rasuah malu-malu kucing berpura-pura malu di hadapan orang mandi peluh bekerja kuat mati katak mati dengan sia-sia membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir membawa diri tahu menjaga diri membuka jalan memberi laluan kepada orang lain buka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah mencuit hati lucu; menggelikan hati mengabui mata cuba memperdaya; menipu mengadu domba memlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan mengambil angin bersiar-siar untuk berehat mengambil berat memberi sepenuh perhatian mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat muka tembok -tidak berasa malu mulut murai- kuat bercakap atau berbuat bising mulut tempayan -tidak dapat menyimpan rahsia murah hati -suka bederma; tidak kedekut naik angin-terlalu marah nyawa-nyawa ikan -hampir-hampir mati orang atasan-orang yang berpangkat tinggi otak cair-pintar atau bijak otak kering-kurang siuman otak udang -bebal atau bodoh paku belanda-barangan yang tetap harganya panas hati -meradang atau marah panjang tangan -suka mencuri pasang telinga- mendengar dengan teliti pekak badak -kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat pembasuh mulut -makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi perang mulut -pertengkaran pilih kasih- memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai pisau cukur -perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki puteri lilin -tidak tahan terkena panas matahari putih hati -ikhlas; jujur putih mata- mengalami kekecewaan rabun ayam- penglihatan yang kurang jelas rambang mata- sukar membuat pilihan ringan tangan- suka membuat kerja: menolong orang sampai hati- tergamak melakukan sesuatu kerja serkap jarang- membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa tangan terbuka- menyambut sesuatu dengan senang hati tangkai jering- orang yang kedekut tawar hati- tidak mempunyai minat lagi tebal muka-tidak tahu malu telinga kuali- tahan hati menerima kemarahan telinga lintah- tajam pendengaran telinga nipis- cepat marah atau meradang terang hati-mudah memahami sesuatu tidur-tidur ayam- tidur yang tidak nyenyak tin kosong-bercakap besar tanpa ilmu titik peluh- hasil usaha yang bersungguh-sungguh Peribahasa - Simpulan Bahasa Simpulan Bahasa 1. Abang angkat Lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dianggap sebagai abang sendiri 2. Abang ipar Abang kepada isteri atau suami seseorang 3. Abang kandung Abang seibu dan sebapa 4. Abu jahal Orang yang suka menghalangi usaha yang baik 5. Abu nawas Orang yang bijak melepaskan diri 6. Ada angin Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan 7. Ada bakat Mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang 8. Ada bukti Ada tanda atau keterangan tentang sesuatu hal atau peristiwa 9. Ada hajat Mempunyai keinginan atau maksud 10. Ada hati Mempunyai keinginan lebih daripada keupayaan 11. Ada jalan Ada cara untuk melakukan sesuatu 12. Air muka Wajah atau rupa seseorang 13. Ajak-ajak ayam Tidak sungguh-sungguh mempelawa 14. Akad nikah Perjanjian dalam perkahwinan 15. Akal kancil Orang yang cerdik dan pandai menipu 16. Alas cakap Kata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan 17. Alas dulang Wang hadiah yang ditinggalkan dalam dulang 18. Alas meja Kain penutup meja 19. Alas perut Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar 20. Ambil angin Bersiar-siar 21. Ambil berat Memberikan perhatian 22. Ambil hati Membuat sesuatu untuk menggembirakan orang lain 23. Ambil masa Tidak tergopoh-gopoh; memakan masa 24. Anak angkat Anak orang lain yang dianggap / dijadikan seperti anak sendiri 25. Anak bapa Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga 26. Anak beranak Sekeluarga 27. Anak buah Orang yang di bawah jagaan seorang ketua 28. Anak buangan Orang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga 29. Anak cucu Keturunan; zuriat 30. Anak dara Gadis yang belum berkahwin 31. Anak dayung Orang yang mendayung perahu 32. Anak emas Anak kesayangan 33. Anak haram Anak luar nikah 34. Anak kembar Anak yang dilahirkan bersama-sama daripada satu kandungan 35. Anak sulung Anak yang tertua atau pertama 36. Angin-angin Khabar yang belum tentu benar salahnya 37. Angin berkisar Berpaling tadah 38. Angin buritan Angin yang mengikut arah perahu 39. Angin gila Kelakuan yang tidak tentu arah 40. Angin lalu Khabar yang tidak tentu benar atau salahnya 41. Angin ribut Taufan 42. Angkat alis Menunjukkan rasa atau tanda hairan 43. Angkat bahu Menyatakan tidak tahu 44. Angkat diri Sombong 45. Angkat suara Meninggikan suara 46. Angkat sumpah Bersumpah 47. Asam garam Pengalaman hidup 48. Atas angin Negara-negara di Timur Tengah dan Eropah 49. Atas pagar Tidak menyebelahi mana-mana pihak 50. Ayam tambatan Orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan 51. Bahasa daerah Bahasa yang digunakan di daerah tertentu sahaja 52. Bahasa kesat Bahasa atau tutur kata yang kasar, kotor, dan menyakitkan hati 53. Bahasa ibunda Bahasa sendiri 54. Bahasa dalam Bahasa yang digunakan oleh raja-raja 55. Bangkai bernyawa Orang yang tidak berguna langsung 56. Banyak akal Banyak helah 57. Banyak lemak Kelakuan yang mengada-ngada 58. Banyak mulut Suka bercakap banyak 59. Bapa ayam Lelaki yang berkahwin banyak tetapi tidak menghiraukan anak-anaknya 60. Barang berkat Barang yang halal 61. Barang kemas Barang-barang berharga yang dipakai oleh kaum wanita, seperti cincin emas, loket berlian, dan sebagainya 62. Batu api Orang yang menghasut dua pihak yang lain sehingga bergaduh 63. Batu loncatan Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan 64. Bau-bau bacang Tali persaudaraan yang jauh 65. Bawa berunding Diajak bermuafakat 66. Bawa bermenung Memikirkan masak-masak 67. Bawa bersemuka Bawa bertemu muka; berunding 68. Bawa hati Perasaan kecewa 69. Bawa kaki Berjalan tanpa hala tujuan 70. Bawa ke tengah Bawa ke muka pengadilan 71. Bawah angin Negara-negara yang terletak di sebelah timur 72. Bawah umur Belum dewasa 73. Bekas tangan Hasil buatan sendiri; pukulan 74. Bengkak perut Sakit hati 75. Berani mati Tidak takut mati 76. Berat kepala Sukar menerima pelajaran 77. Berat lidah Pendiam 78. Berat mata Mengantuk 79. Berat sebelah Tidak adil 80. Berat tulang Malas bekerja 81. Berbulan madu Bersiar-siar ke tempat lain setelah berkahwin 82. Berganti tikar Mengahwini kakak atau adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia 83. Beri muka Memberikan kebebasan atau memanjakan seseorang 84. Bermain kayu tiga Melakukan perbuatan yang jahat 85. Bertegang leher Bertengkar 86. Besar hati Gembira 87. Besar kepala Degil 88. Bidan terjun Orang yang disuruh membuat sesuatu secara mendadak 89. Bintang hati Kekasih 90. Bodoh alang Bodoh sedikit 91. Bodoh sepat Kelihatan bodoh tetapi sebenarnya cerdik 92. Bongkok sabut Bongkok orang tua 93. Buah fikiran Pendapat 94. Buah mulut Perkara yang menjadi percakapan orang ramai 95. Buat duit Melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan keuntungan 96. Buaya darat Lelaki yang suka menukar teman wanitanya 97. Buka mata Ambil tahu atau sedar 98. Buruk makan Gelojoh atau pelahap 99. Buta huruf Tidak tahu menulis dan membaca 100. Cacing kepanasan Gelisah 101. Cahaya mata Anak 102. Gaji buta Gaji yang diterima tanpa bekerja 103. Cakap angin Percakapan yang belum tentu betul salahnya 104. Cakar ayam Tulisan yang buruk 105. Cakap besar Mengatakan tahu atau pandai, tetapi sebenarnya tidak pandai 106. Campur aduk Bercampur dengan tidak menentu lagi 107. Campur tangan Turut serta dalam urusan orang lain 108. Cangkul angin Perbuatan yang sia-sia 109. Cantik molek Elok rupa paras 110. Cari akal Mencari jalan 111. Cari fasal Sengaja mencari sebab untuk bergaduh 112. Cari nama Berikhtiar atau membuat jasa supaya nama menjadi masyhur 113. Cencaru makan petang Permainan yang semakin baik pada akhir pertandingan 114. Cepat tangan Orang yang cekap mencari 115. Cinta monyet Cinta anak-anak kecil 116. Curi hati Melakukan daya penarik untuk memikat hati orang supaya mendatangkan kasih 117. Curi tulang Mengelak daripada bekerja semasa waktu kerja 118. Dakap bantal Kecewa atau putus harapan 119. Daki dunia Harta benda seperti wang, emas, permata, dan lain-lain. 120. Dalam tangan Sudah tentu dapat 121. Dapat bahagian Menerima pukulan atau denda 122. Dapat terpijak Mendapat sesuatu dengan mudah 123. Darah ikan Buah yang baru separuh masak; warna yang merah 124. Darah daging Anak kandung 125. Darah muda Semangat atau perasaan orang muda 126. Datang hati Sampai hati atau tergamak 127. Daya penarik Mempunyai sesuatu kebolehan atau kuasa yang boleh memikat hati seseorang 128. Delima merkah Bibir yang merah 129. Demam puyuh Berpura-pura demam 130. Dendam kesumat Kebencian yang amat sangat 131. Diam ubi Diam orang berakal kerana berfikir 132. Diam penggali Diam orang yang bodoh 133. Dingin kepala Berfikiran tenang dan sihat 134. Dua sejoli Sepasang (kekasih atau suami isteri) 135. Duit kopi Bayaran tidak rasmi sebagai sagu hati 136. Durian runtuh Keuntungan besar yang diperoleh tanpa bersusah payah 137. Garam hidup Pengalaman hidup 138. Gatal mulut Suka mencela orang 139. Gatal tangan Suka melakukan kerja yang bukan-bukan 140. Gelap mata Hilang pertimbangan fikiran; pitam 141. Geli hati Rasa hendak ketawa 142. Gelora hati Perasaan hati 143. Genap bulan Sudah cukup masa (melahirkan anak) 144. Genggam bara Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh 145. Gerak hati Rasa yang lahir dari dalam hati 146. Gerhana matahari Dalam kesusahan 147. Gila babi Sejenis penyakit sawan 148. Gila bahasa Kurang waras fikiran 149. Gila bayang Mencintai seseorang tetapi tidak mendapat balasan 150. Gila harta Mementingkan atau mengejar harta dunia 151. Gila pangkat Orang yang selalu mengejar pangkat 152. Golok kayu Orang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang yang pandai 153. Gulung tikar Berhenti membuat sesuatu pekerjaan kerana kerugian 154. Habis akal Tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi 155. Halwa telinga Sesuatu yang menyedapkan pendengaran 156. Hampa tangan Tidak membawa atau mendapat apa-apa 157. Hancur hati Sedih 158. Hanyut diri Sesat langkah 159. Harga diri Kehormatan diri; maruah 160. Harga pokok Harga asal sesuatu barang 161. Harga mati Harga yang tetap dan tidak boleh ditawar lagi 162. Hati batu Tidak menaruh belas kasihan 163. Hati emas Baik hati 164. Hati tikus Penakut 165. Hentam keromo Memukul atau mengkritik tanpa usul periksa 166. Hidung belang Lelaki yang suka mengganggu perempuan 167. Hidung tinggi Sombong atau bongkak 168. Hilang akal Tidak tahu apa yang harus dibuat lagi; agak kurang waras 169. Hisap darah Mengambil keuntungan yang berlebihan 170. Hisap jari Menunjukkan kekecewaan 171. Hitam manis Orang yang berkulit agak gelap tetapi cantik dipandang 172. Hujan panas Hujan tetapi matahari kelihatan bersinar 173. Ibu angkat Wanita yang dianggap seperti ibu sendiri oleh orang lain 174. Ibu ayam Perempuan yang memperdagangkan pelacur 175. Ibu kandung Ibu sendiri 176. Ibu pertiwi Tanah tempat tumpah darah 177. Idah gelap Pemberian tanda cinta tanpa bercadang untuk berkahwin 178. Ikat perut Menahan lapar kerana hendak berjimat 179. Ikut telunjuk Mengikut segala perintah orang 180. Iri hati Cemburu 181. Isi rumah Keluarga atau penghuni sesebuah rumah 182. Jadi umang-umang Suka memakai pakaian orang lain 183. Jaga mulut Berhati-hati dalam percakapan 184. Jalan buntu Tidak mendapat sebarang kata sepakat atau penyelesaian 185. Janda berhias Perempuan yang kematian suami dan belum disentuh oleh suaminya 186. Jantung hati Orang yang amat dicintai 187. Jatuh hati Jatuh cinta 188. Jauh hati Tersinggung atau merajuk 189. Jejak-jejak bara Hampir tercecah ke tanah 190. Jinak-jinak merpati Perempuan yang pada lahirnya mudah dipikat tetapi sebenarnya tidak semudah yang disangkakan 191. Jiwa besar Mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia 192. Kaki ayam Tidak memakai kasut 193. Kaki bola Orang yang sangat suka bermain atau menonton perlawanan bola sepak 194. Kaki borak Orang yang sangat suka berbual 195. Kaki judi Orang yang suka berjudi 196. Kaki botol Peminum arak 197. Kacang hantu Orang yang jahat 198. Kaki lima Kawasan laluan di hadapan kedai 199. Kecil hati Tersinggung 200. Kepala angin Orang yang mudah berubah perangainya 201. Kepala batu Tidak mahu mendengar nasihat 202. Kera sumbang Orang yang selalu mengasingkan diri daripada orang lain 203. Kerang busuk Tersengih-sengih dengan tidak menentu 204. Keras kepala Tidak mahu mengalah; degil 205. Kerja tangan Hasil kerja yang dibuat dengan tangan 206. Kering darah Terperanjat 207. Ketam batu Kedekut 208. Khabar angin Berita yang belum tentu sah kebenarannya 209. Kucing kurap Orang yang sangat hina dalam masyarakat 210. Kuku besi Memerintah dengan zalim 211. Kutu embun Orang yang suka berfoya-foya hingga larut malam 212. Lancang mulut Mudah mengeluarkan perkataan yang boleh menyakiti hati orang lain 213. Langkah bendul Adik perempuan berkahwin dahulu daripada kakaknya 214. Langkah kanan Untung 215. Langkah kiri Malang 216. Langkah seribu Cabut lari 217. Lari anak Berlari dengan langkah yang pendek; berlari perlahan 218. Lebai malang Orang yang selalu malang 219. Lemah semangat Orang yang mudah terperanjat 220. Lepas tangan Tidak masuk campur dalam sesuatu hal 221. Lidah biawak Percakapan yang selalu berubah-ubah 222. Lidah beracun Kata-kata yang menyakitkan hati 223. Lintah darat Orang yang sering mahu akan keuntungan yang tinggi 224. Lipas kudung Membuat kerja dengan cepat 225. Loyar buruk Orang yang membangkang sebab mencari kemenangan 226. Lupa daratan Lupa diri atau lupa akan asal usul 227. Mabuk cendawan Jatuh cinta 228. Mahkota hati Kekasih 229. Makan angin Pergi bercuti 230. Makan gaji Bekerja untuk mendapatkan upah 231. Makan hati Bersedih kerana perbuatan orang lain 232. Makan suap Menerima rasuah 233. Malu-malu kucing Pura-pura malu 234. Mandi darah Berlumuran darah 235. Mandi kerbau Mandi dengan tidak bergosok dan bersabun 236. Masin lidah Terbukti benar atau berlaku apa-apa yang diucapkan oleh seseorang 237. Masuk jawi Bersunat atau berkhatan 238. Mata duitan Terlalu tamak akan wang 239. Mata keranjang Lelaki yang suka melihat perempuan cantik 240. Mati celik Mati sebelum tercapai hajat atau cita-cita 241. Mati katak Kematian yang sia-sia 242. Mengadu untung Mencari rezeki 243. Menjolok mata Perbuatan yang keterlaluan 244. Muka dua Orang yang menyebelahi kedua-dua belah pihak 245. Muka tebal Tidak tahu malu 246. Mulut manis Lemah lembut tutur kata 247. Mulut murai Orang yang becok 248. Nafsu makan Keinginan untuk makan (kemaruk) 249. Naik angin Meradang 250. Naik kepala Mengada-ngada 251. Naik pelamin Berkahwin 252. Naik saksi Menjadi saksi 253. Nipis telinga Lekas marah 254. Nyawa-nyawa ikan Hampir mati 255. Orang atas Orang yang berpangkat besar 256. Orang bawah Orang yang berpangkat rendah; orang biasa 257. Otak cair Orang yang pantas berfikir dan bijak 258. Orang gaji Orang yang diberi upah kerana bekerja di rumah 259. Orang harapan Orang yang dipercayai 260. Orang rumah Isteri 261. Otak udang Bodoh 262. Panas hati Marah dalam hati 263. Panjang akal Cerdik 264. Panjang tangan Suka mencuri 265. Panjang umur Hidup sangat lama 266. Pasang badan Berhias diri 267. Pasang telinga Mendengar dengan teliti 268. Pasar gelap Menjual barang-barang tanpa mengikut undang-undang 269. Patah hati Kecewa 270. Patung bernyawa Hidup tanpa cita-cita 271. Payung mahkota Raja yang memerintah 272. Pecah tembelang Terbuka rahsia 273. Pekak badak Betul-betul pekak; pura-pura tidak dengar 274. Perang dingin Perang yang belum menggunakan senjata 275. Perang mulut Bergaduh dengan menggunakan kata-kata yang kasar 276. Pilih kasih Berat sebelah 277. Pisau cukur Perempuan yang suka menghabiskan wang lelaki 278. Puteri lilin Gadis yang tidak tahan panas 279. Putih hati Jujur 280. Putih tulang Lebih baik mati 281. Rabun ayam Kurang jelas atau kurang terang penglihatannya 282. Raja sehari Pengantin baharu 283. Rambang mata Sukar untuk memilih kerana semuanya cantik 284. Retak tangan Nasib badan 285. Ringan mulut Peramah; suka bercakap-cakap 286. Ringan tangan Suka mencuri; suka menolong 287. Ringan tulang Rajin bekerja 288. Rosak nama Hilang kehormatan 289. Sakit hati Berasa marah atau tersinggung kerana dihina atau ditipu 290. Sampai hati Tergamak atau tidak menaruh belas kasihan 291. Sejuk hati Tenang 292. Senapang bambu Orang yang nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak 293. Senyum kambing Senyum mengejek 294. Serkap jarang Menuduh tanpa usul periksa 295. Setengah masak Belum sempurna 296. Tabir besi Negara-negara blok Rusia 297. Tahi judi Orang yang suka berjudi 298. Tajam akal Pintar 299. Tajam mulut Suka mengeluarkan kata-kata yang pedas 300. Talak tiga Penceraian yang tidak boleh dirujuk lagi 301. Tanda mata Hadiah sebagai ingatan 302. Tangan terbuka Murah hati atau suka menolong 303. Tangkai jering Orang yang sangat kedekut 304. Tangkap basah Ditangkap semasa lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berdua-duaan di tempat yang sunyi dan terlindung 305. Telinga kuali Orang yang tahan hati walaupun dihina dan dicerca 306. Telinga lintah Tajam pendengaran 307. Terang hati Mudah mengerti 308. Terbit keringat Malu atau segan; bekerja bertungkus lumus 309. Tiang kampung Orang yang tertua di sesebuah kampung 310. Tidur ayam Tidur yang tidak nyenyak 311. Tin kosong Orang yang tidak berpelajaran tetapi bercakap besar 312. Tipis harapan Harapan yang sedikit untuk memperoleh sesuatu 313. Tua keladi Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda 314. Tulang belakang Orang yang menjadi tunjang kekuatan atau harapan 315. Ubat basah Berita yang tidak dipercayai orang 316. Ukur jalan Orang yang tidak mempunyai pekerjaan selain berjalan-jalan sahaja tanpa tujuan 317. Undi sulit Mengundi dengan tidak diketahui oleh orang lain 318. Untung batu Nasib malang 319. Urut dada Menahan perasaan 320. Wang buta Wang upah yang diberi kepada orang yang sudah bersara 321. Wang hangus Wang yang diberi oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk perbelanjaan kahwin 322. Wang sogok Wang suap atau rasuah 323. Yatim piatu Orang yang tidak mempunyai ayah dan ibu 324. Zaman atom Zaman yang penuh dengan kemajuan 325. Zaman batu Zaman dahulu kala 326.